Masalah –
Berikut adalah masalah-masalah yang mungkin anda hadapi…
3. Pelajar tidak memahami asas tajwid bermula daripada mengenal huruf-huruf hijaiyah, sebutan makhraj huruf yang betul dan mengetahui sifat-sifat huruf hijaiyah tersebut.
4. Pelajar merasa malu untuk belajar terutamanya kepada pelajar-pelajar yang sudah meningkat usia.
5. Pelajar tak tahu nak mula belajar bermula daripada mana dan bagaimana.
6. Pelajar kanak-kanak pula mudah hilang fokus dan asyik sibuk bermain.
7. Pelajar kanak-kanak lebih cenderung kepada cara mengajar yang bersistematik dan menarik.
8. Pelajar dewasa yang bekerja pula terikat dengan kesibukan waktu dan perlukan masa khusus untuk belajar.
9. Silibus matapelajaran tidak teratur mengikut turutan sehingga membuatkan pelajar rasa keliru dengan apa yang telah disampaikan oleh guru.
10. Tiada tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru yang bertauliah.
“Sebaik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”.
( Hadis Riwayat Bukhari ).
ISTIMEWA PRODUK KAMI
SIAPA SAYA
1-Puan Rafidah memiliki sijil tauliah mengajar al Quran daripada Jabatan agama islam negeri Johor.
2 – Memiliki sijil pemantapan guru-guru al Quran anjuran pejabat agama daerah Kota Tinggi.
3- Memiliki sijil kursus tahsin al Quran anjuran pertubuhan guru-guru al Quran.
4- Memiliki sijil khatam al Quran secara bertalaqqi dan bermushafahah serta bersanad daripada Qariah Ustazah Hajah Umi Khalthum, Johan Qariah peringkat antarabangsa.
5- Memiliki sijil dan pencapaian taranum murotal anjuran Akademi Qori Muslim.
6- Memiliki sijil dan pencapaian taranum mujawwad (remaja/dewasa) anjuran Akademi Qari Muslim.
7- Memiliki pengalaman mengajar kelas Iqra’ dan al Quran selama lebih 10 tahun.
8- Kelas Talaqqi ini mempunyai sanad al Quran riwayat Hafs An Asim Toriq As-Shatibiyyah yang diiktiraf.
TAHUKAH ANDA?
Fakta kajian menunjukkan 38.7% pelajar tingkatan 4 “Buta al Quran”.
Bagaimana pula dengan masyarakat umum?
Pelajar IPTA/IPTS? Penjawat awam/swasta?
Peniaga? Golongan profesional? Korporat? Pesara?
Makcik-makcik? Pakcik-Pakcik?.
Perkara sedemikian dapat dilihat melalui pengiraan statistik menunjukkan bahawa daripada 320 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini, seramai 171 orang pelajar (53.4%) mencapai tahap cemerlang, 25 orang pelajar (7.8%) mencapai tahap baik, 2 orang pelajar (0.6%) mencapai tahap lemah dan 122 orang pelajar (38.7%) berada pada tahap yang mengecewakan dan gagal, iaitu sangat lemah.
– Direct – Kelas ini akan memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar secara individu melalui video call atau google meet iaitu secara online sepenuhnya. Setiap pelajar mempunyai keupayaan dan kemampuan yang berbeza, ada yang mudah faham ketika belajar dan ada juga yang agak slow untuk memahami apa yang disampaikan. Maka personalized learning di sini ialah bermaksud guru akan mengajar mengikut pace pelajar itu sendiri, iaitu mengikut tahap keboleh-upayaan masing-masing.
Belajar 1 to 1. Apabila kita menggunakan konsep personalized learning ini, kelas menjadi seperti private tuition. Kelas adalah secara one to one antara pelajar dan guru sahaja. Lebih kurang sama dengan personal coaching. Oleh kerana itu jika ada yang tersalah baca, bacaan merangkak-rangkak dan tidak lancar tiada siapa yang dapat melihat selain daripada guru yang mengajar.
Personalized learning ini juga dapat memberi daya tumpuan yang tinggi kepada guru dan pelajar itu sendiri, untuk lebih fokus pada pelajaran yang disampaikan. Guru juga secara tidak langsung dapat mengenalpasti segala kelemahan pelajar yang boleh diperbaiki.
Pelajar yang mengikuti kelas secara 1 to 1 ini juga tidak akan merasa malu dan rendah diri apabila hanya belajar bersama guru sahaja dan tidak melibatkan orang lain. Pelajar pastinya akan lebih berkeyakinan untuk bertanyakan soalan-soalan kepada guru yang mengajar.
Kelas personalized learning ini dapat memberi fokus kepada guru untuk mengenalpasti segala kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada diri setiap pelajar, sekaligus guru lebih bersedia membimbing pelajar mengikut keupayaan mereka masing-masing.
Direct – Kelas ini bersesuaian untuk semua golongan kanak-kanak dan dewasa bermula dari usia 6 tahun dan ke atas. Tak kira berapa pun umur anda ia bukanlah penghalang untuk anda belajar dan mengecapi kejayaan.
Pada sesi permulaan kelas, pelajar-pelajar akan diajar mengenal huruf-huruf hijaiayah bermula daripada huruf hamzah. Bermula daripada huruf hamzah tersebut, guru akan terus menerangkan makhrajnya dan sifat-sifatnya. Ini bermakna setiap huruf-huruf hijaiayah akan diperkenalkan dengan lebih terperinci dan mendalam. Bermula daripada “huruf hamzah” sehinggalah ke “huruf ya”. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menyebut huruf-huruf tersebut dengan lancar dan sebutan yang betul.
Pelajar-pelajar akan diajar bermula daripada Iqra’ cara mengeja dengan mudah sehinggalah dapat membaca dengan lancar keseluruhan kalimah-kalimah tersebut.
Pelajaran tajwid akan diajarkan bermula daripada asas sehingga selesai :
1-Huruf-huruf al Quran
2-Nuqat (titik-titik)
3-Harakah (baris)
4-Makhraj Huruf
5-Sifat Huruf
6-Hukum Isti’adzah
7-Hukum Basmallaah
8-Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
9-Izhar
10-Idgham
11-Iqlab
12-Ikhfa’
13-Hukum Nun dan Mim Musyaddadah
14-Hukum Mim Sakinah
15-Hukum Lam sakinah
16-Idgham Muthamathilain
17-Idgham Muthaqarribain
18-Idgham Mutajanisain
19-Hukum Mad
20-Huraian jenis-jenis Mad
21-Huruf-huruf pembukaan surah
22-Tafkhim dan Tarqiq
23-Hukum Ra
24-Hukum Hamzah Washal
25-Penulisan Hamzah Washal
26-Hukum Hamzah Qata’
27-Penulisan Hamzah Qata’
28-Hukum Saktah
29-Hukum Raum
30-Hukum Ishmam
31-Hukum Tashil
32-Hukum Imalah
33-Hukum Ibdal
34-Hukum Naqal
35-Hukum Waqaf
36-Tanda-tanda Waqaf
37-Hukum Ibtida’
38-Istilah al-Dhabt
39-Khatam al Quran
40-Sijil khatam al Quran (akan diberikan)
Bacaan al Quran pelajar-pelajar akan disemak sepenuhnya dengan penuh teliti oleh guru bagi memastikan pelajar-pelajar dapat membaca dan menyampaikan bacaan al Quran mengikut kaedah yang tepat.
Direct – Boleh terus ikuti kelas walau di mana sahaja berada. Masa belajar boleh ditetapkan sendiri oleh pelajar yang sibuk bekerja. Siang bekerja dan hanya free pada waktu malam?, tiada masalah. Sibuk bekerja dan hanya free pada hujung minggu?, tiada masalah. Anda boleh tentukan sendiri masa belajar bersama guru mengikut masa anda.
Direct – Pengambilan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei. Jangan risau jika anda duduk berjauhan, kelas dilaksanakan secara online sepenuhnya. Tiada masalah bagi mereka yang tinggal di area yang berbeza.
Fokus utama kelas adalah kepada pelajar-pelajar dewasa yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk menghadiri kelas secara fizikal. Warga emas yang sudah pencen kerja kerajaan atau swasta. Mualaf dewasa yang mahu belajar bermula daripada asas. Remaja yang ingin memperbaiki bacaan dengan lebih baik dan lancar lagi. Kanak-kanak yang ingin belajar bermula daripada asas. Golongan dewasa, warga emas, remaja dan kanak-kanak yang merangkak-rangkak dalam membaca juga diterima untuk mengikuti kelas ini.
Subjective – Harga kelas ditetapkan dengan kadar harga yang berpatutan. Sebelum menetapkan kadar bayaran, pihak guru telah membuat kaji selidik terlebih dahulu berkenaan taraf kehidupan masyarakat setempat. Ini bagi memastikan bayaran yang dibuat tidak membebankan pelajar-pelajar. Bayaran juga mengambil kira segala pengalaman guru, masa yang diluangkan oleh guru dan silibus-silibus pelajaran yang telah ditetapkan.
Bayangkan anda lancar mengaji setelah mengikuti kelas ini secara online, pastinya anda akan rasa bersyukur, gembira dan bahagia. Anda boleh membacakan bacaan ayat-ayat suci al Quran anda buat ibu bapa tersayang apabila mereka sedang terlantar sakit. Jika ibu bapa telah kembali ke rahmatullaah, bacaan ayat-ayat suci al Quran anak-anak yang soleh dan solehah menjadi peneman buat ibu bapa yang berada di alam kubur. Segala bacaan-bacaan ayat-ayat suci al Quran kita inilah yang akan menjadi syafaat buat kita di alam yang kekal dan abadi di sana kelak. Suami boleh menjadi imam yang baik untuk isteri dan anak-anaknya, ibu bapa boleh mengajar anak-anak sendiri mengaji di rumah apabila ibu bapa boleh mengaji dengan baik. Mereka yang pandai mengaji juga boleh memimpin majlis bacaan tahlil arwah dan bacaan doa selamat di rumah kita sendiri.
Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca satu huruf dari al Quran, maka baginya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajipan seumpamanya. Tidak aku katakan “alif”,”lam”,”mim” itu satu huruf, akan tetapi “alif” satu huruf, “lam”satu huruf dan “mim” satu huruf”.
“Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
( SURAH AL ALAQ : Ayat 3, 4, 5 ).
“Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) al Quran?. Sekiranya (al Quran) itu bukan daripada Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya”.
( SURAH AL NISA : Ayat 82 ).
“Kitab (al Quran) yang kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pengajaran”.
( SURAH SAD : Ayat 29 )
Apa kata mereka :
Puan Masliza berpendapat, harga yang ditetapkan sangat berbaloi dengan segala ilmu yang diterima. Walaupun Puan Masliza seorang ibu tunggal namun masih mampu membayar yuran yang telah ditetapkan tanpa sebarang masalah.
Puan Salbiah berpendapat, Segala ilmu yang disampaikan dapat diterima dengan mudah kerana guru menggunakan teknik mengajar satu persatu makhraj huruf dan sifat-sifat huruf tanpa mencampur adukkan dengan silibus pelajaran yang lain.
Fadzrieq pula berkata,”pada mulanya saya merangkak-rangkak dalam bacaan dan tidak menguasai ejaan huruf hijaiyah yang bersambung-sambung, namun berkat segala tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru, saya kini dapat membaca dengan mudah dan lancar.
Puan Hidayah berkata, pada mulanya saya menyangka pelajaran tajwid itu susah, tapi setelah belajar satu persatu mengikut peringkat demi peringkat, saya dapati ia mudah dikuasai dan difahami.
Fatih berpendapat, guru sangat bertimbang rasa dan mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menyampaikan ilmu dan mendidik pelajar-pelajar. Bagi pelajar yang agak lemah menguasai pelajaran yang di sampaikan, guru akan melatihnya mengeja dan membaca secara berulang kali.
Ainul merupakan salah seorang pelajar yang pada mulanya tidak kenal huruf dan tidak pandai mengeja serta membaca, namun akhirnya berkat kesungguhan mengikuti kelas secara konsistan dia akhirnya dapat mengeja dan membaca Iqra’ dengan baik dalam masa yang singkat.
Makcik Teha yang berumur 61 tahun boleh membaca al Quran dengan baik setelah belajar ilmu tajwid selama 6 bulan. Bukan sahaja dapat membaca dengan lancar malah dapat menguasai ilmu tajwid dengan baik dan dapat menjawab segala soalan-soalan yang diajukan dengan mudah.
Pandangan Uwais pelajar yang berusia 9 tahun, “Good teacher and highly recommended”.
Subjective – Siapa yang patut mengikuti kelas ini? :
Tak kira peringkat umur dan jantina, siapa sahaja yang berkeinginan untuk mendalami ilmu asas tajwid dan talaqqi al Quran boleh mengikuti kelas ini, bermula dari usia 6 tahun dan ke atas. Pengambilan untuk pelajar-pelajar remaja dan dewasa adalah pada setiap peringkat umur.
Ciri-ciri dan Manfaat :
Ciri-ciri dan manfaat 1 – Melahirkan masyarakat yang celik al Quran.
Ciri dan manfaat 2 – Melahirkan masyarakat yang dapat membudayakan al Quran dalam kehidupan seharian.
Diskaun
10% diskaun bagi mereka yang mendaftar kelas sepanjang bulan November dan Disember 2024.
BONUS – Guru bersedia mengajar lebih masa bagi pelajar-pelajar yang agak slow dan agak lambat menguasai pelajaran yang disampaikan. Masa yang diluangkan oleh guru adalah percuma tanpa bayaran. Mengikut pada kesesuaian waktu free guru yang mengajar.
Harga – RM30 untuk 1 sesi kelas.
1 sesi kelas selama 30 minit.
4 kali sesi kelas dalam 1 bulan = Hanya RM120.
Pembayaran –
Bank: Maybank
Nombor Akaun : 151071587838
Nama Syarikat: Iqra’ and al Quran Class
Nota : Boleh terus berhubung dengan Puan Rafidah di talian no : 013-2794761